Tiket Marvel Avengers : Endgame mencecah harga hilang akal RM40,000

Lagi berita mengenai francais Marvel. Sekuel ke-empat siri popular mereka, Avengers: Endgame sememangnya ditunggu-tunggu oleh peminat filem adiwira di seluruh dunia.

Filem tersebut dijadual akan ditayang pada 26 April ini. Namun berita baik kepada peminat di Malaysia apabila kita disahkan akan dapat menonton filem itu dua hari lebih awal, iaitu pada 24 April.

Walaubagaimanapun, pawagam-pawagam lain juga dijangka akan turut mula menayangkan Avengers: Endgame pada tarikh tersebut.

Baru-baru ini, video acah kedua bagi filem berkenaan telah pun dikeluarkan di mana ia memaparkan beberapa adegan menarik termasuklah kemunculan Captain Marvel yang tiada semasa video acah pertama.

Tetapi memandangkan filem ini begitu popular dan paling ditunggu-tunggu diseluruh Malaysia, tiket jualannya juga mendapat permintaan yang sangat tinggi. Dikhabarkan tayangan dipawagam bermula seawal 7 pagi dan tayangan terakhir pada pukul 4 pagi. Fenomena filem seperti ini tidak pernah lagi berlaku sebelum ini. Tiket jualan juga telah habis ditempah seawal sebulan sebelum bermulanya tayangan perdana.

Di Carousell, pengguna jenneration323 menawar empat tiket dengan harga rundingan RM4,000 bagi filem dengan menjanjikan tempat terbaik di pawagam Mid Valley Megamall.

Tiga lagi pengguna menjual sepasang tiket pada harga RM2,000 manakala tawaran terendah RM30 sepasang. Ada juga menawar pakej Imax atau makanan untuk menarik pembeli.

Ini pula lelongan tiket filem dari Hollywood itu di Indonesia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*