[Update] Ahli Parlimen Kepong Menawarkan Ganjaran Rm10,000 Kepada Sesiapa Yang Mempunyai Maklumat Tentang Suspek Pukul Dan Samun Di Dalam Lif MRT Cheras

GANJARAN sebanyak RM10,000 ditawarkan kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang individu yang menyerang seorang wanita di dalam lif di sebuah stesen MRT di Cheras.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng (gambar) berkata dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa pejabatnya menawarkan hadiah bernilai RM10,000.

“Polis belum mengenal pasti penyerang itu. Diharapkan tawaran tunai tersebut akan membawa kepada penangkapan suspek tersebut dengan segera.

“Ketakutan terbesar saya adalah jika dia tidak ditangkap dalam masa terdekat, tindakannya boleh mempengaruhi penjahat lain untuk melakukan jenayah sama, atau di penjuru di seluruh negara,” kata Lip Eng.

Sebelum ini, sebuah video tular menunjukkan seorang lelaki yang menyamun dan membelasah seorang wanita berusia 48 tahun di dalam lif di sebuah stesen MRT di Cheras, membangkitkan kemarahan orang ramai.

Insiden yang berlaku pada Khamis lalu, dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Video tersebut menunjukkan suspek berulang kali menumbuk dan menendang mangsa.

Sumber: The Star, Mstar

Wanita Ini Lalui Detik Cemas Ketika Disamun Dan Dibelasah Dalam Lif Stesen MRT. Rakaman CCTV Disediakan

CHERAS: WANITA cedera selepas dibe lasah lelaki yang menyamunnya di dalam sebuah lif di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian itu berlaku jam 6.45 pagi ketika mangsa berusia 48 tahun berada di dalam lif berkenaan bersama suspek.

“Akibat kejadian itu, mgsa bengkak di dahi akibat dibelasah suspek.

“Suspek melarikan dompet mangsa yang mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai berjumlah RM400,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan rakaman berdurasi 55 saat itu, mangsa berusia 48 tahun yang menggalas sebuah beg dan memegang beg tangan dilihat masuk ke dalam lif disusuli seorang lelaki.

Belum sempat pintu lif ditutup, suspek terus menyrang mangsa dengan menmbuknya di muka menyebabkan wanita itu jatuh.

Suspek terus membe lasah mgsa tanpa belas kasihan walaupun mangsa dilihat merayu dan cuba mempertahankan dirinya.

Suspek yang memakai baju-T berwarna gelap itu kemudian merentap beg tangan mangsa sambil memegang bahagian bahagian belakang baju wanita itu.

Biarpun pintu lif sudah terbuka pada saat ke-24 video berkenaan, suspek dilihat menekan semula butang tutup pada lif berkenaan sebelum terus membelasah wanita itu dan menendangnya beberapa kali.

Sebaik lif tiba di aras bawah, suspek meluru keluar dari lif berkenaan dan mencampakkan semula beg tangan wanita itu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, kejadian mengakibatkan wanita itu mengalami bengkak di dahi serta kesakitan pada bahagian badan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

“Barangan milik mangsa yang hilang dalam kejadian itu adalah kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.

“Kita juga sudah merakam percakapan tiga orang saksi bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Samun Dan Pukul. Maklumat awal yg terima berlaku 15 Feb 2019 di Eko Cheras. Info penuh akan dikemaskini kemudian. Harap maklum..

Beliau berkata, usaha mengesan suspek masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian Via KL Viral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*