[VIDEO] Lawak Bila Perkerja Tol Join Sarifah Sakinah Main Bunga Api – “Mersanya Perkerja Tol Ni”

Siapa yang tidak terhibur dengan aksi lucu pelakon tinggi lampai, Sharifah Sakinah?

Terkenal menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka, Sakinah sering memuat naik video dirinya melakukan parodi dan aksi lucu menerusi laman Instagramnya.

Terbaru Sakinah menerusi aplikasi Insta Storynya telah memuat naik video pendek di mana dia bermain bunga api bersama seorang pekerja di salah sebuah plaza tol.Ketika Sakinah dan pekerja tol berkenaan leka bermain bunga api, keduanya didatangi seorang lelaki.

“Apa kau buat ni? Kau tak nampak ke kereta belakang tu?” ujar lelaki berkenaan sebelum rakaman  Insta Story berkenaan dihentikan.

Rupanya aksi berkenaan merupakan salah satu babak Drama Komedi Raya lakonan Sakinah dan pelakon Kamal! Ini dikongsikan oleh ‘pekerja tol’ itu sendiri, Tgku Muhammad Nazreen Shah menerusi laman Facebooknya.

“Ok abis dah shooting untuk Drama Komedi Raya bersama pelakon Kamal Adli & Sharifah Sakinah…. akan disiarkan di Astro.”
Posted by Tgku Muhammad Nazreen Shah on Tuesday, April 24, 2018

Difahamkan penggambaraan ini dilakukan di Plaza Tol Taman Rimba Templer.

Sumber Instagram Sharifah Sakinah, Kisah Dunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*