[VIDEO] Muka ‘selamber’ hisap rokok siap belai anjing dekat kedai makan, selepas ditegur ini tindakan beliau

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun bagi mereka yang didapati bersalah dilihat langsung tidak menggentarkan perokok untuk merokok di kawasan larangan.

Walaupun peraturan larangan me­rokok yang diwartakan mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tem­bakau 2004 telah berkuat kuasa bermula hari ini, tetapi masih ramai individu yang berani merokok di premis restoran secara terbuka.

Bahkan, ada dalam kalangan perokok yang tidak mengendahkan tanda larangan merokok yang ditampal pemilik restoran di kawasan premis makanan dan dengan bersahaja merokok beramai-ramai tanpa perasaan malu.

Tinjauan Utusan Malaysia di premis makanan sekitar ibu kota mendapati banyak restoran yang seolah-olah membiarkan pelanggan mereka merokok secara terbuka.

Padahal, bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan tersebut, mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan jika didapati bersalah.

Namun begitu, ada juga pemilik restoran yang mengambil inisiatif untuk menegur pelanggan yang merokok di kawasan premis demi memastikan usaha Kementerian Kesihatan mewujudkan persekitaran selesa buat orang ramai tercapai.

Menurut pemilik Restoran Yusoof dan Zakhir, Zakhir Hussain berkata, sempena hari pertama penguatkuasaan larangan merokok ini, dia mengambil inisiatif untuk menegur dan memaklumkan kepada pelanggan berkenaan peraturan baharu itu kerana masih ramai orang yang tidak faham tentangnya.

“Bermula pagi tadi, ramai pelanggan yang cuba merokok di dalam premis tetapi saya bersama pembantu kedai mengambil inisiatif awal untuk memaklumkan kepada mereka mengenai peraturan ini.

Walaupun ada yang tidak berpuas hati, akhirnya mereka akur dan memberi kerjasama yang baik kepada kami.

“Kasihan juga kepada perokok kerana kami tidak mempunyai ruangan khas untuk mereka merokok,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika melakukan tinjauan di sekitar kawasan Pudu Raya di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pelanggan, Hashim Abdullah, 78, berkata, peraturan larangan merokok itu perlu dikuatkuasakan secara menyeluruh bagi memastikan tiada lagi aktiviti merokok secara terbuka di kawasan terbabit.

Katanya, mereka lebih gembira untuk menjamu selera di restoran kerana kawasan persekitaran yang bebas asap rokok membuatkan orang ramai lebih selesa.

“Peraturan ini secara tidak langsung boleh dijadikan azam buat para perokok untuk meninggalkan tabiat tidak sihat mereka itu dengan lebih berdisiplin,” katanya.

sumber: Utusan

Selamber‘ hisap rokok siap belai anjing dekat kedai makan

Baru-baru ini viral pula video seorang lelaki menghisap rokok sambil membelai anjing diatas kerusi bersebelahan dengan tempat duduknya. Pekerja restoran dan juga pelanggan sekitar turut menegur tindakan beliau namun tidak diendahkan sama sekali.

Video berdurasi 24 saat itu tersebar di laman sosial, dengan caption 

Ape punya perangai la . Dah la hisap rokok , bawak anjing pulak tu lepak kedai mamak . Kalau anjing tu letak dalam sangkar takpe gak . Ni letak atas kerusi siap ada panjat atas meja lagi . Kedai mamak ni banyak muslim yang lepak , nanti tak pasal2 ade muslim yang duduk makan atas kerusi meja yang anjing duduk tu.

Tindakan dilakukan pelanggan terbabit melanggar kod kebersihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang melarang haiwan peliharaan berada di premis makanan, serta peraturan mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Perkara ini bukanlah satu provokasi kepada mana-mana kaum, tetapi ianya amatlah melanggar konsep menghormati sesama bangsa di dalam negara kita ini. Ianya sama sekali menyentuh isu sensitiviti kaum Islam, walaupun peralatan kerusi dan meja boleh disertu selepas ini perkara ini tetap akan menimbulkan rasa was-was.

Kesannya, kepada peniaga premis makanan tersebut dan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Sumber : FB Hazziq Azis

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*