[VIDEO]”Bayi saya hilang dalam sekelip mata” Taktik terbaru penculik

Siapa boleh bayangkan hanya dari perbualan biasa dengan seorang yang sangat mesra, wanita ini hilang bayinya dalam sekelip mata. Kisah sedih ini dilalui oleh seorang perempuan bernama J., Tanah Besar Cina. Sepatutnya kita lebih peka dalam isu ini.

”Saya hilang bayi saya dalam 30 saat”, Puan J

Kisahnya berlaku ketika Puan J sedang mendukung bayinya di depan pintu rumah. Didatangi oleh seorang wanita yang pada mulanya ingin menjual sabun basuh. Oleh kerana personaliti wanita itu sangat mesra, Puan J tidak mengendahkan pelawaan wanita jurujual tersebut. Baru sahaja berjumpa tetapi perwatakan wanita jurujual tersebut seperti sudah mengenalinya teman lama. Wanita itu juga turut mendukung dan bermanja dengan bayinya.

Tidak menunggu lama, wanita jurujual tersebut memberi Puan J hidu produk sabunnya itu. Sejurus selepas itu, Puan J terus pengsan tidak sedarkan diri.

Selepas Puan J sedar, telefon pintar dan bayinya hilang. Panik dan hanya mampu mengalirkan airmata.

Kes masih lagi dalam siasatan polis, walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita haruslah lebih agresif dalam menghadapi situasi seperti ini. Bukan untuk menyinggung orang lain, tapi untuk lindungi diri dan keluarga kita.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*