[VIDEO]”Dia mengugut ingin mencampak kanak-kanak itu dari tingkat 4″ akhirnya penculik tersebut ditemb4k

KANAK-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dengan diacukan pisau di tingkat 4, Taman Telipok Ria, Tuaran, Kota Kinabalu.

Polis sudah mengepung rumah terbabit dan dalam usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni itu membawa kanak-kanak terbabit di sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran berada di lokasi bersama sepasukan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Turut berada di lokasi ialah sepasukan anggota bomba.

Beberapa penghuni turut menyediakan tilam di tingkat bawah bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

sumber : Harian Metro

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dijadikan tebusan oleh seorang lelaki dengan diacukan pisau di tingkat 4, Taman Telipok Ria, Tuaran.

Polis sudah mengepung rumah terbabit dan dalam usaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit di sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Tinjuan di lokasi kejadian mendapati sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran berada di lokasi bersama sepasukan anggota dari D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Turut berada di lokasi ialah sepasukan anggota bomba.

Sumber : Berita Harian

SUSPEK lelaki yang menjadikan kanak-kanak perempuan, 2, sebagai tebusan di Taman Telipok Ria, Tuaran, mati ditembak, 5.35 petang, hari ini.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas suspek enggan menyerahkan kanak-kanak terbabit walaupun polis sudah melakukan usaha memujuknya.

Kedengaran beberapa das tembakan menyebabkan suasana di lokasi kejadian kecoh dan tegang, sebelum suspek disahkan ditembak mati.

Sejurus selepas itu, kanak-kanak terbabit dibawa turun dan dihantar ke hospital dengan ambulans.

kanak-kanak itu tidak dapat dipastikan setakat ini.

Kejadian bermula pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi apabila lelaki dianggarkan berusia 30-an dikatakan melarikan mangsa.

Lelaki yang tidak dikenali oleh penghuni di sini, membawa kanak-kanak terbabit ke sebuah rumah di tingkat 4, berdekatan rumah ibu bapa mangsa.

Polis kemudian mengepung rumah terbabit dan berusaha memujuk suspek supaya melepaskan kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, lelaki itu bersembunyi di dalam tandas di rumah berkenaan.

Sepasukan anggota polis lengkap bersenjata juga dihantar ke lokasi kejadian.

sumber Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*