VIDEO”Kau turun la si*l!” Kantoi pecah rumah tak sempat lari terus dikerjakan penduduk taman

Seorang lelaki dipercayai cuba untuk memecah masuk sebuah rumah dapat ditumpaskan oleh penduduk Blakang Boulevard, Kuching.  Suspek dikatakan bersama seorang lagi rakan memanjat bumbung sebuah rumah di taman tersebut. Salah seorang penduduk memerhatikan gerak-geri mereka, kelihatan seperti amat mencurigakan.

Tidak lama selepas itu, orang ramai terdiri dari penduduk taman telah mengepong kawasan dimana suspek berada. Melihat keadaan seperti tiada ruang untuk melarikan diri, suspek bertindak ganas apabila membaling sebatang kayu kepada penduduk yang merekodkan detik cemas tersebut.

Selepas beberapa minit suspek berdegil untuk tidak turun dari bumbung rumah berkenaan. Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, suspek akur dan turun dari bumbung berkenaan setelah di pujuk oleh penduduk setempat.

Malang tidak berbau apabila suspek yang dikatakan pada mulanya mengeluarkan kata-kata provokasi seakan-akan mencabar penduduk disitu dikerjakan dan dibelas4h sehingga lembik. Salah seorang daripada penyamun berkenaan berjaya meloloskan diri, hanya seorang dapat ditahan.

Walaubagaimanapun, suspek terbabit telah diserahkan kepada pihak polis untuk disoal siasat dan ditahan. Situasi ini juga menunjukkan betapa pentingnya hidup bermasyarakat dan muafakat tanpa mengira bangsa dan agama. Saling membantu untuk memastikan keselamatan kita bersama.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*