[Video][Kes 1MDB]: Bekas Pegawai Khas Najib Razak Direman

PUTRAJAYA: Bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perintah reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berkata suspek yang juga individu pertama yang direman berhubung siasatan kes itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini pada jam 9.45 malam tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, lelaki berusia 42 tahun itu dikatakan memegang jawatan pengarah di sebuah syarikat yang dipercayai menerima wang transaksi daripada 1MDB.

Katanya, suspek juga adalah ahli lembaga pengarah kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), namun meletakkan jawatan pada 5 Jun lalu.

Suspek dikatakan berkhidmat dengan Najib sejak 2009.

Kes 1MDB: Pengarah syarikat swasta direman 4 hari

PUTRAJAYA: Seorang pengarah sebuah syarikat swasta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya sebentar tadi.

Difahamkan, suspek berumur 39 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Sebelum ini, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB.

 

Sumber: BeritaHarian

 

Isu kapal selam : Tindakan Kerajaan Perancis ini buatkan Najib semakin pucat!

PERANCIS masih menyiasat pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia semasa Najib Razak menjadi menteri pertahanan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Menerusi posting di laman Facebook Kementerian Kewangan, Lim berkata beliau bertemu Duta Perancis Frédéric Laplanche di kementeriannya di Putrajaya hari ini, di mana Laplanche mengesahkan pihak kehakiman negaranya masih menyiasat skandal rasuah dalam kes kapal selam Scorpene yang bernilai 1 bilion euro.

“(Laplanche) memberikan sokongan penuh terhadap usaha Kerajaan Malaysia baharu yang mempromosikan ketelusan dan pendedahan skandal kewangan di mana kebenaran dan keadilan harus menjadi tunjang utama.

“Beliau juga mendedahkan berita bahawa pihak kehakiman Perancis sedang menyusuli skandal rasuah dalam kes kapal selam Scorpene yang bernilai 1 bilion euro,” kata Lim dalam posting itu.

Pembelian Scorpene dibuat pada 2002 dari unit limbungan kapal DCN Perancis.

Pada 2009, pihak berkuasa Perancis menuduh dua bekas eksekutif utama, salah seorang adalah dari syarikat subsidiari DCN atas dakwaan rasuah berhubung pembelian kapal selam itu.

Sebuah syarikat yang dikaitkan dengan penganalisis politik dan penasihat Najib, Abdul Razak Baginda, iaitu Perimekar Sdn Bhd didakwa menerima RM540 juta sebagai komisen bagi perjanjian pembelian tersebut.

Beberapa dana dari penjualan juga didakwa disalurkan ke sebuah lagi syarikat yang juga dikaitkan dengan Abdul Razak, Terasasi Ltd yang didaftarkan di Hong Kong.

Kumpulan hak asasi manusia, Suaram telah memfailkan aduan dengan pihak berkuasa Perancis yang mencetus permulaan siasatan kehakiman di Paris pada 2012.

Abdul Razak didakwa oleh mahkamah Perancis pada Julai tahun lepas kerana terlobat dalam rasuah dan menerima suapan. Bagaimanapun, dakwaan dalam sistem undang-undang Perancis tidak sama dengan dakwaan di bawah undang-undang Komanwel.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu baru-baru ini berkata kementeriannya akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat kes Scorpene. – 22 Jun, 2018.

Sumber: helangmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*