Isteri pertama dan kedua nekad tuntut cerai, suami kahwin dengan budak 11 tahun

Seorang wanita melahirkan rasa terkilan di Facebook apabila mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin dengan seorang kanak-kanak 11 tahun tanpa pengetahuannya.

Seorang pengguna Twitter telah menterjemah bahasa Melayu dialek Kelantan itu kepada bahasa Melayu standard:

First: Sanggup kahwin dengan budak 11 tahun. Bini mesej bagitau kereta mati tengah jalan dia jawab padan muka. Tak fikir ke aku dah kandungkan 4 anak bersama.
— apadila (@_frlad) June 29, 2018

Second: Aku dah letih jaga anak bawak ke hulu ke hilir cari rezeki. Ambik lah pelihara anak ni kalau dah nak sangat yang umur 11 tahun.
— apadila (@_frlad) June 29, 2018

hird: Tak larat dah nak telefon suruh ambik jaga anak empat orang ni boleh la main dekcok(tinting kot lupa) dengan mak tiri. Aku dah penat cari duit nak pelihara anak.
— apadila (@_frlad) June 29, 2018

Mengikut maklumat yang diterima oleh Syed Azmi, Effa Zulkifle ialah isteri kedua kepada lelaki itu, dan mempunyai hubungan baik dengan isteri pertama. Kanak-kanak berusia 11 tahun tersebut ialah isteri ketiga dan merupakan rakan kepada anak isteri pertama.

Isteri pertama dan kedua berniaga manakala lelaki tersebut dikenali sebagai imam kampung.

Khabarnya, khabar angin lelaki itu telah bernikah dengan kanak-kanak tersebut telah tersebar sebelum ini tetapi dinafikan olehnya.

Bukti perkahwinan itu bagaimanapun didapatkan oleh salah seorang isterinya, yang kemudiannya memberitahu isteri seorang lagi. Setelah kantoi, lelaki itu memberi alasan apa yang dilakukannya ialah sunnah.

Lelaki itu juga pulang ke rumah ibu bapanya dan tidak mempedulikan usaha isteri pertama dan kedua untuk menghubunginya bagi mendapatkan penjelasan.

Kanak-kanak itu dan keluarganya bukan warganegara Malaysia. Perkahwinan itu dilangsungkan di Thailand. Kanak-kanak itu, melalui status WhatsApp tidak merasakan dirinya dimangsakan dan berbangga berkahwin dengan lelaki 41 tahun itu.

sumber : Facebook

Menjelaskan tindakannya memuat naik gambar suaminya bersalaman dengan isteri ketiga, Effa tidak berniat mahu mengaibkan suaminya, sebaliknya dia hanya mahu suaminya yang bekerja sebagai tauke getah itu menjadi lebih bertanggungjawab terhadap keluarga.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan mengikut undang-undang. Saya dan isteri pertama sanggup terima madu kami sekiranya dia menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Dia kata dia berkahwin kerana mengikut sunnah Nabi, tetapi adakah dia mengikut sunnah Nabi yang lain? Duit belanja saya dan anak-anak pun dia hanya bagi Rm50 hingga RM100 seminggu. Anda rasa cukup ke nak menanggung empat orang anak? Tapi bagi dia, jumlah wang itu dah banyak,” katanya yang terpaksa berniaga secara online untuk menanggung keperluan keluarganya.

“Saya terpaksa berniaga. Kalau tidak, macam mana nak beli susu, pampers dan keperluan yang lain-lain? Suami hanya sediakan rumah dan kereta sahaja.

“Saya cakap pada suami, saya tak nak bekerja, saya sudah penat, penat segalanya,” katanya.

Ekoran tindakan suaminya itu, Effa berhasrat menuntut cerai dari lelaki itu kerana mendaiwa dia sudah tidak tahan dengan sikap suaminya yang tidak pernah berubah.

“Saya nekad, tiada guna perkahwinan ini diteruskan. Saya akan pergi ke pejabat agama esok. Lagipun suami pernah kata kalau tak boleh terima perempuan tersebut (isteri ketiga), jalan terbaik adalah berpisah. Jadi, saya dan isteri pertama kata kami sanggup bercerai kalau dia nak lepaskan,” katanya.

Usaha Effa untuk menghubungi suaminya bagi menyelesaikan perkara itu menemui kegagalan apabila lelaki terbabit tidak menjawab panggilannya. Effa turut menyatakan dia sudah tidak bertemu dengan suaminya itu selama empat hari.

“Saya sudah tidak jumpa suami empat hari. Saya call dia tak angkat, panggilan mak saya pun dia tak angkat. Mesej saya pun dia tak balas,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*