Wajib Baca! Organ dalaman rosak berpunca dari Mee segera…Lepas baca artikel ni mesti korang pun fikir 100 kali nak makan atau tak

Baru-baru ini kita selalu nampak orang makan mee segera tidak kira la di youtube mahupun media sosial yang lain. Admin pun dah selalu jugak makan Samyang, tidak dinafikan memang sedap yang amat. Tapi lepas tengok gambar dan posting ni, setiap kali nak beli mee segera fikir 10 kali dulu. Takut pulak jadi macam ni.

ORGAN DALAMAN ROSAK DEK KERANA MEE SEGERA! TAKE NOTE!

“Kes terkini, pelajar tingkatan 5 meninggal dunia kerana kanser hati disebabkan gemar makan mee segera setiap hari!”

Terkejut seluruh ahli keluarganya, kenapa? kerana tidak percaya mee segera punca kanser hati anaknya! inilah yang ramai tak tahu! bahawa mee segera boleh membawa banyak penyakit! Ya, mi segera boleh menyebabkan pelbagai penyakit, terutamanya pada anak-anak anda! Sebenarnya, pelbagai kajian telah mendedahkan betapa bahaya pemakanan mi segera ini jika ia diamalkan selalu.

Baru-baru ini, pengkaji dan saintis dari Harvard School of Public Health (HSPH) telah membuktikan bagaimana mi segera menjadi punca pelbagai penyakit kronik yang anda tak akan percaya! Antara penyakit tersebut adalah tekanan darah tinggi, peningkatan paras gula dalam darah, serangan jantung, strok dan kencing manis. Semua sindrom metabolik ini bukan bergantung pada gaya hidup semata-mata.

Semuanya berpunca daripada kandungan yang terdapat dalam sepeket mi segera. Satu bahan bernama tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) iaitu bahan tambahan dalam makanan yang diproses dengan murah dijumpai dalam mi ini. TBHQ sebenarnya adalah produk yang terhasil daripada industri petroleum. Jadi, ia boleh memudaratkan kesihatan anda!

Pada tahun 2012, Pentadbiran Makanan dan Perubatan Korea Selatan (KFDA) telah menemui satu bahan yang boleh mengakibatkan kanser dalam enam jenama mi segera yang berbeza! Bahan itu dikenali sebagai Benzopyrene. Health Site pula mendedahkan mi segera juga mengandungi propylene glycol, sejenis bahan kimia untuk mengekalkan kelembapan mi.

Jika kanak-kanak makan bahan kimia ini, ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ. Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia. Doktor pakar sendiri mendedahkan yang mereka tak mahu simpan sebarang pek mi segera dalam rumah mereka kerana makanan proses ini sungguh tidak sihat untuk seisi keluarga!

Mi segera juga disalut dengan wax semasa dalam pemprosesan. Wax memberikan tekstur “licin” pada permukaan mi. Tapi, pengambilan bahan berbahaya ini boleh mengakibatkan kerosakan hati!

Jaga kesihatan anda, malah pasangan dan anak-anak, ya! Tubuh badan yang sihat menjaminkan kehidupan yang bahagia.

Sumber rujukan: Health Site, Peace Quarters, Pentadbiran Makanan dan Perubatan Korea Selatan dan Harvard School of Public Health

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*