“Yang sebenarnya ‘sendu’ adalah anda, kontroversi entah apa-apa semata-mata nak jual produk sendu” – Diana Danielle balas balik kenyataan DSV

Masih hangat lagi mengenai kemelut mengenai rantai berlian palsu, seperti yang anda semua tahu penyanyi Aishah minggu lalu menuntut agar Datuk Seri Vida membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari selain mahu pihak jutawan kosmetik itu menyelesaikan dan bertanggungjawab terhadap hadiah yang diberikan.

Menjawab segala dakwaan Aishah, DSV berkata beliau sebagai penaja program tidak pernah igin membuli artis untuk kepetingan diri sendiri sebaliknya program Gegar Vaganza diadakan dengan tujuan ingin menaikkan semula nama artis yang ‘sendu’.

Sebenarnya Aishah silap, saya menaja itu satu platform tapi nawaitu saya buat program ini dengan Michael Ang adalah untuk mengangkat artis yang sendu supaya mereka boleh cari makan balik. Sekarang semua artis GV meletup-letup, sedangkan kalau artis nak naik ini memang susah, kena marketing tapi mereka dah dapat red karpet.

Daripada tak ada show buat show. Motif kita mahu menaikkan artis bukan membuli artis. Jadi jangan ingat program ini hanya sekadar hiburan semata-mata, tidak ya. Di mana Aisyah sebelum GV? Dia pula banyak kali buat salah tapi kita terima dia, tak ada nak keluarkan dia semua. Adakah dia anggap itu buli? Apa motif saya berbuat demikian sedangkan saya sebenarnya mahu bantu naikkan dia.

Ditanya mengenai tuntutan yang dikemukan oleh Aishah, DSV berkata segalanya akan terjawab menerusi satu sidang media khas yang bakal beliau adakan pada hari Selasa ini.

DSV bagaimanapun tetap mempertahankan bahawa hadiah rantai berlian itu bukanlah palsu seperti yang didakwa.

Artis Diana Danielle turut terasa dengan kenyataan Dato’ Seri Vida ini

“Menggedik jual produk gunakan bidang seni” – Que Haidar ‘Sound’ DSV Untuk Hormat Lagenda Aishah

“Sebenarnya Aisyah antara penyanyi yg mempunyai ‘class’ yg tersendiri dlm GV.. dan secara tak langsung menambahkan ‘class’ utk rancangan tersebut.. Utk sesiapa yg cuba nak menumpang rezeki dalam bidang seni (nak menggedik jual produk dan guna kan bidang seni utk itu) please show some respect, especially pada anak2 seni yg dah lama dlm industry!”

Gambar yang dimuat naik melalui laman Instagram miliknya memaparkan foto keratan akhbar terhadap kenyataan Dato’ Seri Vida terhadap isu yang melanda dirinya.

Baru-baru ini, DSV ditermurah oleh akhbar tempatan dan menzahirkan rasa terkilan apabila ada pihak mendakwa beliau sengaja membuli artis dan menegaskan bahawa niatnya adalah untuk membantu artis sendu.

Disamping itu, DSV menegaskan memberitahu tujuannya menaja program tersebut adalah untuk menaikkan artis lama kembali bergiat aktif dan sekaligus memajukan perniagaannya.

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, Que Haidar membidas semula kenyataan DSV yang dianggap melampau kerana Aishah bukanlah calang-calang artis. Que Haidar juga menasihati  DSV agar hormat orang-orang lama dalam industri hiburan jika ingin menumpang meningkatkan hasil jualan produknya itu.

video : Mstar Online

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*