Zarina anjouli dedahkan mendapat mesej lucah dari netizen ini

Kalau anda rajin melayari laman Instagram, tentunya anda tahu pelakon Zarina Anjoulie memang lantang bersuara mengenai apa sahaja isu terutama sekali melibatkan kaum wanita.

video sekadar hiasan

Malah, beliau juga pernah mendedahkan beberapa cerita panas artis.

Kali ini, Zarina memuat naik pula mesej lucah daripada seorang lelaki berhidung belang yang dikirimkan kepadanya menerusi DM di Instagram.

Jelas sekali ayat lelaki itu mengajak Zarina untuk melakukan perkara yang tidak senonoh.

Namun, ada sesetegah netizen beranggapan Zarina harus menjaga pemakaian beliau sebagai seorang wanita berhijab agar tidak lagi menjadi perhatian lelaki gila seks yang mengganggu beliau dengan komen-komen berbaur lucah.

Bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, bukan berkaitan dengan pakaian yang disarung, tetapi ada kalanya imaginasi , sikap serta nafsu seseorang lelaki yang tinggi juga boleh membuatkan mereka melakukan perkara tidak bermoral.

Isu seperti ini agak subjektif untuk dibicarakan, sebab ada juga kes mereka yang menutup aurat dengan sempurna tetap menjadi mangsa nafsu serakah manusia bertopengkan syaitan.

Mungkin ada antara anda mempunyai pendapat sendiri? Kongsikan pula pandangan anda.

Sumber Berita : Media Hiburan Via Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*